Nak coretkan sedikit citer kami se-family berkunjung ke Medan baru2 ini. Woww..1st time gi Medan, memang terasa teruja dan terbayang2 keindahan panorama Lake Toba. Kami ke sana menaiki pesawat AirAsia yg di booking seawal 8 bulan sebelumnya (dapat la hege ciput sikit - rm80 return per person). So kalau 6 org, pandai2 la korang kiraπ. Sebelum tu nak citer, dari rumah kami park kete di stesen ERL Salak Tinggi (kena la rm27 tuk 4H3M). Tambang ERL transit plak ke KLIA2 4.90 dewasa dan rm2.20 kanak2. So, kena la kami dlm rm48 (pegi & balik)..Banyak jimat tu dari parking kat KLIA2..hehe
Dan sampai di Kualanamu International airport jam 3 ptg waktu sana..
Kami dijemput oleh pak supir Hendra di arrival hall. Terus di bawa ke Hotel Madani di kota Medan. Hotel ni betul2 berhadapan denganMasjid Raya Medan.
Hotel Madani di belakang tu..selesa sangat
Ni la Masjid Raya iaitu antara masjid terkenal di Indonesia.
Sebelum check in hotel, kami di bawa melawat ke Merdeka Walk. Kebetulan aritu Pak Jokowi ada di Medan kerana urusan perkahwinan anaknya. Jadi, ramai la polisi di sepanjang perjalanan.
Cantek sepatu π
Seterusnya selepas 45 minit bersiar siar, kami pun pulang ke hotel tuk check in. Malam tu dinner kat Texas Chicken di Mall depan hotel...tu jer tuk hari pertama..
#sambung di lain entry ya...π
No comments:
Post a Comment